top of page

YBR dan UPKO tampil bantu wanita warga emas sukar bergerak di Sook

  • nabalunews
  • Dec 8, 2024
  • 1 min read

8 Disember 2024


SOOK : Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) tampil membantu meringankan penderitaan seorang wanita warga emas di Kampung Salir, Sook yang patah kaki kanan dan kini lumpuh dan hanya mampu bergerak dengan bantuan sebatang tongkat akibat kemalangan jalanraya, 15 tahun lalu.


Kehidupan seharian Raliah Mongolong, 74, ibu kepada enam orang anak ini berubah sekelip mata selepas dia dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu acara keagamaan di daerah Ranau kira-kira 15 tahun yang lalu.


Akibat kemalangan itu, Raliah hanya mampu bergerak perlahan-lahan dengan bantuan sebatang tongkat dalam rutin sehariannya.


Sebaik dimaklumkan mengenai situasi ini dan prihatin dengan penderitaan dialami Raliah, UPKO Sook tampil mencari inisiatif untuk membantu meringankan beban wanita ini dengan mengemukakan keperluan alat bantu sokongan diperlukan kepada YBR.


Tanpa berlengah, YBR bersetuju menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Raliah.


Kerusi roda sumbangan YBR itu disampaikan kepada Raliah oleh Ketua Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) UPKO Sook, Mohd Khairy Abdullah @ Henry, baru-baru ini.


Ketika dipelawa duduk dikerusi roda yang disumbangkan, nenek Raliah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada UPKO Sook, diatas usaha gigih untuk membantu individu kurang bernasib baik seperti dirinya.


Beliau juga mengirimkan salam dan berdoa untuk kecemerlangan Presiden Parti UPKO, Datuk Ewon Benedick di atas keprihatinannya membela nasib rakyat.


Bagi pihak parti, Mohd Khairy mengucapkan tahniah kepada Setiausaha CLC, Januin Jonad, Ketua Wanita, Rosanna Edeza, Dominic Meringking (Naib), Ketua Pemuda Christopher Domonic, Timbalan Ketua Wanita, Martha Odoi, Ketua Generasi Muda UPKO, Frencilajane, Herman Maidin serta ahli-ahli Upko Cawangan Kampung Salir yang gigih, kreatif lagi komited dengan perjuangan parti UPKO.

コメント


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page