YBR serah bantuan kerusi roda kepada warga emas di Kampung Entilibon, Tongod
nabalunews

16 Ogos 2024
TONGOD : Hasrat seorang warga emas di Kampung Entilibon, Tongod untuk mendapatkan kemudahan kerusi roda, akhirnya menjadi kenyataan.
Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyerahkan sumbangan bantuan kerusi roda itu untuk kegunaan warga emas terbabit, baru-baru ini.
Bantuan kerusi roda ini disampaikan oleh Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kinabatangan, Mohina Sidom.
تعليقات