top of page
  • Wartawan Nabalu News

YBR sumbang bantuan kebajikan kepada tiga penduduk Kg. Tinata

19 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Tiga penduduk daripada Kg Tinata, menerima bantuan kebajikan melalui program I Care Kadamaian di sini pada Isnin.


Program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang diselaraskan oleh pejabat ADUN Kadamaian bersama Kelab Kebajikan Kadamaian.


Bantuan yang diserahkan termasuk katil boleh laras dan keperluan asas seperti beras, gula, minyak, dan lain-lain.


Program I Care Kadamaian adalah sebuah program bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik di kawasan Kadamaian dengan menyediakan bantuan peralatan dan keperluan harian.


Program ini diketuai oleh PTTK 2, Dr. Rizoh Bosorong, yang juga merupakan ahli Kelab Kebajikan Kadamaian.


Turut hadir dalam majlis penyerahan bantuan ini ialah CDO UPPM Kadamaian, Juin Kolod, dan krew Kelab Kebajikan Kadamaian.


Program I Care Kadamaian diharapkan dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada penerima-penerima bantuan, serta mengukuhkan hubungan dan kepedulian antara masyarakat Kadamaian.

Comentários


bottom of page