top of page

Yi Jia Kopitiam perluas perusahaan, miliki 5 outlet dalam tempoh lebih dua tahun

  • nabalunews
  • Apr 19
  • 1 min read

19 April 2026


PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyempurnakan perasmian Yi Jia Kopitiam milik usahawan tempatan di Uptown Nambazan, di sini, semalam.


Yi Jia Kopitiam kini berkembang kepada lima cawangan dalam tempoh lebih dua tahun, termasuk di Lido Plaza, Wisma Merdeka, BSA Kolombong, Gaya Street serta cawangan terbaharu di Uptown Nambazan.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kejayaan Yi Jia Kopitiam membuka lima cawangan dalam tempoh singkat membuktikan potensi besar usahawan tempatan dalam membangunkan jenama makanan dan minuman yang berdaya saing.

“Saya dimaklumkan bahawa ini merupakan outlet keempat sejak perusahaan ini dimulakan lebih dua tahun lalu, manakala outlet kelima telah dibuka seminggu lalu di Gaya Street, selain perancangan untuk membangunkan central kitchen yang lebih besar,” katanya.


Beliau berkata, kejayaan itu bukan sahaja memperkukuh jenama tempatan, malah menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan di negeri ini.


“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan muda di Sabah untuk menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Tambah beliau, jenama itu juga membawa misi penting dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda selain memperkukuh sektor perusahaan tempatan.


“Saya yakin dengan usaha bersama, Wawasan Sabah First iaitu untuk membangunkan lebih ramai rakyat Sabah yang berpendapatan, sama ada sebagai pemilik perniagaan atau pekerja, akan dapat direalisasikan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page