top of page

Zara Qairina Cedera Disebabkan Tenaga Kinetik Kuat

  • nabalunews
  • Sep 9
  • 1 min read

ree

9 September 2025


KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dikesan mengalami kecederaan teruk disebabkan impak tenaga kinetik yang kuat ketika dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 16 Julai lalu.


Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo berkata, kecederaan teruk itu dikesan berdasarkan penilaian awal yang dibuat selepas menerima pesakit.


Saksi ketiga inkues itu menyebut istilah kinetik apabila ditanya Pegawai Pengendali inkues, Datuk Badiuszaman Ahmad mengenai maksud 'due to high impact' yang dinyatakan Dr Janefer dalam keterangan bertulisnya.


Dr Janefer turut diminta untuk menjelaskan mengenai keadaan pesakit apabila disebut tidak sedarkan diri ketika tiba di Jabatan Kecemasan HQE.


Sementara itu, Dr Janefer menerangkan proses resusitasi iaitu proses rawatan yang dijalankan ketika merawat pesakit pada masa itu.


Katanya, ia merujuk kepada 'trauma life support' yang merangkumi 'airway' dan dengan memasukkan tiub pernafasan pada masa itu kerana bacaan Glasgow Comma Scale (GCS) yang merujuk kepada keadaan pesakit adalah tiga iaitu paling rendah.


"Selain itu, peskit juga telah diletak 'cervical collar' bagi melindungi leher atau tengkuk. Bagi pernafasan pula, bantuan pernafasan menggunakan mesin dan circulating melibatkan resusitasi pesakit diberikan dengan air dan produk darah apabila pesakit semakin kritikal, tekanan darah semakin rendah dan nadi semakin laju.


"Bagi disability, ia nerujuk kepada GCS pada masa itu iaitu tiga dan anak mata membeaar, oleh itu kita beri bantuan pernafaaan.


"Untuk exposure pula adalah rawatan awal bagi kecederaan luaran pada masa itu, di mana bengkak dan luka di belakang kepala dijahit dan dibalut bagi mengawal pendarahan.


"Tangan kiri pesakit diletakkan 'splint' kerana disyaki mengalami kepatahan, kaki kanan juga diletak 'splint' kerana disyaki kepatahan dan juga kaki sebelah kiri mengalami kepatahan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page