Ziarah kasih di Kampung Lingkudau, Keningau
nabalunews

22 Januari 2025
KENINGAU: Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom, Junik Bajit bersama isteri, Biyanah, dan Ketua Pemuda UPKO Tenom, Gideon Gadit, menziarahi saudara Batil Pamaas di Kampung Lingkudau, Keningau.
Kunjungan ini susulan sumbangan kerusi roda yang diberikan kepada saudara Batil minggu lalu. Junik menyatakan rasa sedih melihat keadaan saudara Batil yang kini sukar bergerak, berbanding sebelum ini aktif bermain bola.
Selain menziarahi, sedikit sumbangan ikhlas turut disampaikan melalui Biyanah bagi membantu rawatan susulan di hospital.
Comments