top of page

Ziarah takziah buat keluarga yang ditinggalkan

  • nabalunews
  • Jun 19
  • 1 min read

ree

19 Jun 2025


KOTA BELUD : Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Anichlose Kesimin, telah hadir menziarahi keluarga mendiang Tampuling Kandai di Kampung Lingkubang, semalam.


Kehadiran beliau adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga mendiang yang baru sahaja kehilangan insan tersayang. Dalam kunjungan itu, Anichlose turut menyampaikan sumbangan takziah bagi pihak Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian.


Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Joly Saran, Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, yang turut menyampaikan ucapan takziah dan sokongan moral kepada ahli keluarga mendiang.

ree

“Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang. Semoga mereka tabah dan kuat menghadapi dugaan ini,” kata Anichlose semasa menyerahkan sumbangan kepada wakil keluarga.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page