Ziarah Takziah dan Sumbangan Touch Point di Kampung Ratau
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd
12 April 2026
KOTA BELUD: Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Joel Ewel Deukin, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam satu lawatan ziarah takziah ke Kampung Ratau, di sini, hari ini.
Lawatan tersebut bertujuan menziarahi keluarga mendiang Abby Belle Godomon serta menyampaikan sumbangan Touch Point sebagai tanda simpati dan sokongan kepada ahli keluarga yang sedang berduka. Kehadiran wakil pemimpin itu turut mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.
Menurut Joel, sumbangan yang disampaikan diharap dapat meringankan beban keluarga mendiang di samping memberi kekuatan dan semangat dalam menghadapi saat-saat sukar. Beliau juga menyampaikan ucapan takziah daripada Datuk Ewon Benedick kepada seluruh ahli keluarga.

Penduduk kampung yang hadir menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai pendekatan mesra rakyat yang dekat dengan komuniti. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira latar belakang.















Comments