top of page

Ziarah Takziah Wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ke Kampung Bukit Bendera

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


29 Mac 2026


KOTA BELUD: Joel Ewel Deukin, wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, telah mengadakan ziarah takziah ke kediaman keluarga mendiang Marcus Alip di Kampung Bukit Bendera, bagi menyampaikan sumbangan serta sokongan kepada ahli keluarga yang berduka.


Beliau mewakili Wakil Rakyat Kadamaian Datuk Ewon Benedick dalam lawatan tersebut, sebagai tanda keprihatinan kepimpinan terhadap kebajikan penduduk kawasan Kadamaian. Ziarah ini mencerminkan komitmen Pusat Khidmat ADUN Kadamaian dalam mendampingi masyarakat, khususnya pada masa-masa sukar.


Joel turut menyerahkan sumbangan touchpoint takziah kepada keluarga mendiang bagi meringankan beban mereka. Beliau menyatakan harapan agar sumbangan tersebut dapat memberikan bantuan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Keluarga mendiang merakamkan penghargaan atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Inisiatif sedemikian dilihat sebagai usaha penting bagi mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, serta memupuk semangat perpaduan dalam komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page