top of page
Search


Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu krisis tenaga global
16 April 2026 CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan telah menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran berita palsu berkaitan kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan satu kes untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang manakala lima kes ditawarkan kompaun dan empat kes diberikan surat amaran. “Susulan
nabalunews


Malaysia, Australia sokong seruan keamanan Paus Leo, gesa dialog tamatkan konflik global
16 April 2026 PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia menyatakan sokongan padu terhadap seruan Ketua Gereja Katolik, Paus Leo untuk keamanan global, dengan menggesa negara-negara supaya meneruskan dialog dan keadilan bagi menyelesaikan konflik serta mencegah penderitaan kemanusiaan yang berterusan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesej Paus Leo itu merupakan seruan moral sejagat yang melangkaui sempadan agama, dengan menegaskan bahawa seruan untuk keamanan harus d
nabalunews


Bank Rakyat umum dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta
16 April 2026 KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Dividen ini akan memanfaatkan sejumlah 783,324 anggota yang akan mula dibayar bermula hari ini. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata jumlah pembayaran tersebut adalah yang tertinggi sejak 10 tahun yang lepas. “Prestasi kewangan yang memberangsangk
nabalunews


Petronas jamin bekalan bahan api mencukupi hingga akhir Jun
15 April 2026 KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran hingga akhir Mei yang dilaporkan sebelum ini. Dalam kenyataannya hari ini, Petronas berkata syarikat itu akan terus menguruskan rantaian bekalan secara aktif bagi memastikan stok mencukupi di semua stesen susulan krisis tenaga global semasa akibat konflik di Asia Barat. “
nabalunews


MCMC siasat individu sebar berita palsu diesel Filipina
15 April 2026 CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan kira-kira 329,000 tong diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa sudah mengesahkan diesel berkenaan milik syarikat perdagangan Vitol dan bukan milik Petronas atau Kerajaan Malaysia. Jelasnya, peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan turut disita
nabalunews


BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel dinaikkan RM400 sebulan untuk April
14 April 2026 KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI bersetuju menaikkan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi bulan ini. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan berkenaan akan disalurkan pada 21 April ini. Menurut MoF, penambahbaikan bantuan itu merupakan langkah segera bagi meringankan beban rakyat serta memastikan aktiviti ekonomi negara berjalan lancar, susulan tekanan berterusan terhadap
nabalunews


Polis ingatkan orang ramai taktik penipuan tawar dapatkan kembali wang mangsa scam
14 April 2026 KUALA LUMPUR: Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) memberi amaran kepada orang ramai berhubung taktik penipuan terbaharu yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang mangsa bagi kes-kes penipuan. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, modus operandi tersebut dikesan apabila mangsa tertarik dengan iklan di Facebook sebelum dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh suspek yang menyamar sebagai wakil National Scam Response
nabalunews


Imej palsu galak tanam ganja, pejabat Mohamad Sabu lapor MCMC
14 April 2026 KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah. Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam. “Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
nabalunews
bottom of page
