top of page
Search


Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi lonjak tiga kali ganda pada Mac - Armizan
5 April 2026 KOTA BHARU: Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) meningkat tiga kali ganda pada Mac lepas, iaitu RM2.2 bilion berbanding RM700 juta sebulan sebelum ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata impilkasi lonjakan tinggi perbelanjaan peruntukan itu susulan kenaikan harga diesel di pasaran global. "Sebagai contoh, pada 26 Feb lepas, harga diesel dunia ialah USD93 setong berbanding USD239 setong pada 31 Mac deng
nabalunews


Kemudahan internet dan fasiliti nadi boleh digunakan untuk BDR – Fahmi
5 April 2026 JOHOR BAHRU: Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata pihaknya akan menyelaraskan agar kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu. “Memang pada waktu ini b
nabalunews


Cuaca panas: Taska tidak digalakkan jalankan aktiviti luar - Nancy
5 April 2026 KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menasihatkan para pengusaha taska untuk tidak menjalankan aktiviti luar ketika musim cuaca panas bagi menjaga keselamatan kanak-kanak, khususnya yang berusia di bawah tiga tahun. Beliau berkata kanak-kanak di taska, sebaiknya kekal berada dalam kawasan terlindung dan tidak terdedah kepada suhu tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. “Ingatkan pengusaha supaya mereka berad
nabalunews


KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM
4 April 2026 IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti latihan separa perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi melahirkan lebih ramai anggota kesihatan terlatih. Bahagian Pengurusan Latihan KKM memaklumkan sebanyak 11 program ditawarkan pada peringkat diploma dan satu peringkat sijil dengan tempoh latihan selama tiga atau dua tahun. Antara program itu ialah bidang kejurur
nabalunews


KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi kos sara hidup
4 April 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti langkah sewajarnya bagi membantu warga kampus, khususnya pelajar, berdepan kemungkinan peningkatan kos sara hidup susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, krisis berkenaan memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada ekonomi global, malah turut menjejaskan pengurusan kewangan dalam kalangan warga pendidikan tinggi termasuk staf, ahli a
nabalunews


Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN
3 April 2026 KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan, yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkait
nabalunews


MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu bahan api, tarif elektrik
3 April 2026 CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial. MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini sebanyak lapan rakaman percakapan terhadap suspek telah selesai dijalankan. Katanya, ia termasuk lima kes berkaitan maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tiga kes berkai
nabalunews


Kerajaan perketat kawalan tenaga di bangunan kerajaan – Fadillah
2 April 2026 KUALA LUMPUR: Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius berikutan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata sehubungan dengan itu, penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Me
nabalunews
bottom of page
