top of page

Kerajaan Persekutuan dibenar tangguh semakan semula pemberian khas Sabah

nabalunews
Apr 6
1 min read

6 April 2026


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan taksiran dan pembayaran Pemberian Khas Sabah.


Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, bersama-sama Datuk Ismail Brahim dan K Muniandy, membenarkan penangguhan sementara menunggu penyelesaian rayuan.


"Kami berpuas hati bahawa keadaan khas telah diwujudkan. Pemohon (Kerajaan Persekutuan) akan mengalami prejudis sekiranya penangguhan ditolak, dan rayuan itu boleh dianggap tidak berguna.


"Sehubungan dengan itu, kami membenarkan permohonan berkenaan dan memberikan penangguhan pelaksanaan mengikut usul pemohon. Kami tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kerana pemohon tidak memohon sebarang perintah mengenai kos dalam permohonannya," kata Hakim Mohamed Zaini.


Pada 17 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan dari 1974 hingga 2021. -Bernama

 
 
 

12 Comments


goudan fu
goudan fu
3 days ago

Empat puluh peratus dari 1974 hingga 2021 bukan angka beku. Saya pernah ikut nasihat seorang pegawai: tunggu rayuan selesai sebelum kira semula. Dalam kes cukai kecil, itu berkesan. Di sini, penangguhan oleh panel Datuk Mohamed Zaini Mazlan langsung tiada syarat eskrow, jadi seperti menyemak senarai nilai kad Pokémon, nilai tuntutan Sabah berubah tanpa tarikh deposit. Berapa lama "sementara" dibenarkan?

Like

Li L
6 days ago

This is a great read, especially the point about verifying historical sources. It reminds me how important precision is when working with texts. Tools that help with this, like a way to Imagen a Texto without uploading files, make cross-referencing old documents much simpler and keep your primary sources secure. Thanks for sharing this perspective.

Like

goudan fu
goudan fu
Oct 07

Empat puluh peratus hasil dari 1974 hingga 2021 — itu tempoh yang panjang untuk sekadar ditangguh sementara. Kalau Mahkamah Rayuan kata rayuan boleh jadi "tidak berguna", apa sebenarnya yang diuji: merit kes atau kesediaan Sabah menunggu lagi? Saya mula catat tarikh setiap penangguhan, seperti orang guna senarai perbandingan alat AI terbaik untuk susun nota. Berapa lama sebelum "sementara" jadi kekal?

Like

goudan fu
goudan fu
Oct 02

Penangguhan itu tidak membekukan jumlah tertunggak. 40 peratus hasil Persekutuan dari 1974 hingga 2021 terus berlalu tanpa faedah atau akaun eskrow yang ditetapkan — tiada tarikh Kerajaan Persekutuan perlu mendeposit apa-apa sepanjang rayuan berjalan. Dalam lembaran catatan pengiraan pemberian khas, angka itu sepatutnya dikemas kini setiap tahun, bukan dibekukan sejak keputusan 17 Oktober. Panel diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan langsung tidak menetapkan syarat kewangan.

Like

isabella.thomas65
Sep 27

Keputusan mahkamah ini memang rumit, tetapi menarik untuk diikuti. Saya suka membaca perkembangan kes seperti ini, sambil mencuba penjana imej ai.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page