top of page

1,293 mangsa banjir Sabah masih berlindung di PPS

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

7 Januari 2026


KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah menunjukkan sedikit perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan kepada 1,293 setakat 6 petang ini, berbanding 1,323 mangsa malam tadi.


Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah berkenaan melibatkan 504 keluarga di tiga daerah terjejas banjir iaitu Beaufort, Tenom dan Kemabong.


Beaufort kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 660 mangsa daripada 222 keluarga direkodkan berlindung di empat PPS.


Sementara itu, Tenom menempatkan 484 mangsa daripada 237 keluarga di empat PPS, manakala Kemabong mencatatkan 149 mangsa daripada 45 keluarga yang berlindung di sebuah PPS.


Dalam pada itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Belud ditutup tengah hari tadi apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page