• nabalunews

10 PERMINTAAN RAKYAT UNTUK TAMBAH BAIK BANTUAN RAKYAT



14 Julai 2021


Sejam lebih saya berpeluang membawa dan menerangkan sendiri satu persatu 10 #TuntutanRakyat yang utama kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul di Kementerian Kewangan pukul 1.30 tadi. Turut bersama SU Agong UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

10 Tuntutan Rakyat ini merupakan rumusan isu-isu utama termasuk tambahbaik pakej bantuan i-Citra, Moratarium, LPPSA, BPR yang kami Pemuda UMNO rumuskan hasil maklum balas ribuan komentar dan mesej-mesej peribadi yang kami terima termasuk Hotline Pemuda UMNO.

Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar kami membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu. Sebelum beredar di pintu lif, saya katakakan dan sebut sekali lagi kepada YB Tengku Zafrul, “Tolonglah YB, ini harapan rakyat teramai di bawah yang memang amat susah, terdesak dan tertekan ketika ini!”

#PemudaJurubicaraRakyat #TuntutanRakyat #UMNOBersamaRakyat


_________________________________________________________________________

10 PERMINTAAN RAKYAT UNTUK TAMBAH BAIK BANTUAN RAKYAT

1. SEGERAKAN Bantuan Khas Covic (BKC), jangan tunggu bulan Ogos. Itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. _(Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk Miskin Tegar; RM100 untuk Bujang)_

2. Jangan BERKIRA sangat, luluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.

3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Karenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250 (takut-takut kos nak merayu akhirnya yang tinggal berbaki jika berjaya sekalipun sudah tidak berbaloi).

4. LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat!

5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.

6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah simpanan dalam Akaun KWSP.

7. Benarkan akses kepada Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.

8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.

9. Selaraskan kaedah penawaran Moratorium yang dibuat oleh Bank-Bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih Moratorium. Perluaskan juga Moratorium kepada agensi kerajaan termasuk LPPSA.

10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar akibat PKP 3.0 yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia