10 termasuk bayi cedera, van terjunam ke dalam gaung di Kundasang
- nabalunews
- Sep 27, 2024
- 1 min read

27 September 2024
RANAU: 10 penumpang sebuah van termasuk 2 warga emas dan seorang bayi cedera ringan apabila van yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 50 meter di Kundasang, malam semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata kejadian itu berlaku berhampiran dengan penginapan Nickgold Resort Kundasang.
Katanya bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.56 malam.
Menurut beliau, sepasukan 8 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.
“Setiba di tempat kejadian, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah Van Urvan terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter.
“Terdapat terdapat 9 orang mangsa termasuk pemandu van lelaki berusia 68 tahun, cedera ringan dan seorang mangsa wanita warga emas tersepit. Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Ridwan, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 9.50 malam,” katanya.
Comments