- Wartawan Nabalu News
102 projek dilaksana secara runding terus sepanjang Proklamasi Darurat 2021

28 Sept 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 102 projek telah diluluskan pelaksanaannya sepanjang tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat bermula 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, projek-projek yang diluluskan tersebut dilaksanakan secara runding terus.
“Sebanyak tujuh projek lagi telah diluluskan pelaksanaannya secara tender terhad,” katanya dalam jawapan bertulis Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, baru-baru ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang bertanya mengenai jumlah bilangan perolehan projek kerajaan di Sabah yang dilaksanakan secara rundin terus dan tender terhad sepanjang tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat.