11 DAERAH DI SABAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU 11 DAERAH DI SABAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

11 DAERAH DI SABAH TIDAK CATATKAN KES BAHARU


Perkembangan Covid-19 di Sabah 4 Feb 2021.

4 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 175 kes positif baharu Covid-19 hari ini menurun 15 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,785 kes dan satu kes kematian direkodkan di Keningau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 11 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Kota Marudu, Kudat, Kunak, Telupid, Semporna, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Nabawan, Tongod dan Tambunan,


“Daerah Lahad Datu mencatatkan sebanyak 33 kes, Kota Kinabalu (23 kes), Sandakan (21 kes), Penampang (20 kes), Tawau (17 kes), Keningau (15 kes), Putatan (10 kes).


"Papar mencatatkan sembilan kes, Tuaran dan Beaufort masing-masing lima kes, Kota Belud, Kinabatangan dan Kalabakan masing-masing empat kes, Beluran dan Tenom masing-masing dua kes, Sipitang satu kes," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 175 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 125 kes (71.4%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 28 kes (16%), saringan kluster sedia ada enam kes (3.4%), saringan PERKESO empat kes (2.3%) dan 12 kes (6.9%) adalah dari lain-lain kategori.


Beliau berkata, hari ini seramai 519 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 46,757 orang.


“Sejumlah 1,907 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital, 1,165 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan sembilan orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 88 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page