top of page
  • Wartawan Nabalu News

110 mahasiswa asnaf, b40 di Cheras terima bantuan YBR


31 Oktober 2023

Oleh Wawrtawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Sejahtera Kuala Lumpur menyampaikan bantuan awal pengajian kepada seramai 110 pelajar kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.


Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR disempurnakan oleh Ahli Parlimen, Bandar Tun Razak, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Wan Azizah berterima kasih atas kepada YBR atas sokongan berterusan dalam membantu golongan kurang bernasib baik khususnya kalangan pelajar di sekitar Bandar Tun Razak.


Sementara itu Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, YBR akan berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar B40 sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar.


"Bagi meneruskan usaha menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti, inisiatif ini diharapkan memberi semangat kepada para pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi,” katanya.


Beliau berkata, objektif bantuan ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.


Turut hadir, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Kommentare


bottom of page