115 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI (2 MEI)
top of page
  • Wartawan Nabalu News

115 KES BAHARU COVID-19 DIREKODKAN DI SABAH HARI INI (2 MEI)




2 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 115 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 51 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58, 315 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes pada hari ini adalah berpunca dari kluster baharu dan kluster sedia ada iaitu sebanyak 50 kes (43.5%) direkodkan, saringan kontak rapat sebanyak 49 kes (42.6%), saringan bergejala sebanyak 13 kes (11.3%) serta tiga kes (2.6%) dari lain-lain kategori. “Kinabatangan mencatatkan kes tertinggi sebanyak 28 kes, diikuti Kota Kinabalu (25 kes), Tawau (20 kes), Tuaran (sembilan kes), Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing enam kes. "Papar mencatatkan lima kes, Penampang (empat kes), Sandakan (tiga kes), Semporna (dua kes), dan Putatan satu kes. “Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu. Manakala tujuh daerah kekal di zon hijau iaitu Beluran, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 94 orang menjadikan jumlah kumulatif 56,958 orang. Katanya lagi, seramai 677 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 276 orang di hospital dan 4,401 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page