12 kes baharu dikesan kanak-kanak 1 tahun ke bawah12 kes baharu dikesan kanak-kanak 1 tahun ke bawah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

12 kes baharu dikesan kanak-kanak 1 tahun ke bawah



3 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kebanyakan kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini adalah warga tempatan dan belum menerima vaksin.


Dari segi umur pula, sebanyak 12 kes berumur di bawah 1 tahun, 84 kes (1 hingga 5 tahun), 186 kes (6-17 tahun), sebanyak 72 kes melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan 656 kes berumur 18 hingga 59 tahun.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah keseluruhan 1,010 kes baharu, 848 kes melibatkan orang tempatan dan selebihnya bukan warganegara Malaysia.


“Dari segi status vaksinasi, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, sebanyak 130 kes telah lengkap menerima dua dos vaksin, menerima Dos 1 (125 kes), belum layak vaksin (282 kes) dan belum menerima vaksin sebanyak 473 kes.


“Dua kes import iaitu jangkitan luar Sabah turut dikesan pada hari ini masing-masing satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

bottom of page