12 PATI Filipina Ditahan
- nabalunews
- Oct 4
- 1 min read

4 Oktober 2025
TENOM: Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di sekitar daerah Tenom, di sini, semalam.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, operasi dijalankan hasil maklumat aduan awam serta risikan selama seminggu di beberapa lokasi berasingan.
Katanya, operasi berkenaan melibatkan seramai lapan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Tenom dan dibantu 10 anggota dari, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Tenom.

“Hasil pemeriksaan terhadap 55 orang, seramai 12 orang PATI ditangkap dan ditahan, terdiri daripada warganegara Filipina.
“Semua individu yang ditahan melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang sah dan tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha menegaskan, pihak JIM Sabah akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.
Katanya, masyarakat turut digesa supaya bekerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka.
“Selain itu, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,” katanya.


















To sum up, 67 Clicker is a fantastic illustration of how a straightforward idea can result in an enjoyable and captivating gaming experience. For gamers who prefer idle games or who are looking for a low-pressure, low-effort 67 Clicker game to unwind with, this is ideal. This oddball little game is more entertaining than it should be, whether you're clicking for fun or attempting to solve the number 67's secret.