121 KES BAHARU COVID DI SABAH HARI INI, DUA KEMATIAN
top of page
  • nabalunews

121 KES BAHARU COVID DI SABAH HARI INI, DUA KEMATIAN


25 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 121 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,659 kes dan dua kematian direkodkan masing-masing satu kes di Tawau dan Kota Kinabalu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 121 kes positif COVID-19, sebanyak 62 kes (51.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 12 kes (9.9%) saringan bergejala, 35 kes (29%) dari kluster baharu dan sedia ada serta 12 kes (9.9%) dari lain-lain kategori.

“Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 57 kes, diikuti Kota Kinabalu (20 kes), Lahad Datu (18 kes), Kinabatangan (14 kes). “Putatan merekodkan empat kes, Kalabakan dan Papar masing-masing mencatatkan dua kes, Kunak, Tuaran, Nabawan dan Telupid masing-masing satu kes. “Daerah-daerah lain mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini dan daerah kekal zon hijau Covid ialah Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, pada hari ini seramai 93 pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh menjadikan jumlah kumulatif 55,987 orang. “Seramai 988 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 292 orang di hospital, 688 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 43 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page