123,575 orang pekerja asing didaftar di bawah Program Regularisasi123,575 orang pekerja asing didaftar di bawah Program Regularisasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

123,575 orang pekerja asing didaftar di bawah Program Regularisasi


28 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 123,575 orang pekerja asing telah didaftarkan di bawah Program Regularisasi Sektor Perladangan dan Pertanian Negeri Sabah.


Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata Pelaksanaan program tersebut yang telah dijalankan mulai 1 April hingga 30 Jun 2019, sebanyak 3,102 majikan telah hadir mendaftarkan pekerja asing di bawah seliaan masing-masing.


Daripada 123,575 orang pekerja asing, sejumlah 95,226 (termausk 40,326 tanggungan) merupakan warga Indonesia, manakala 28,349 (termasuk 11,114 tanggungan) merupakan warga Filipina.


"Daripada jumlah itu, sejumlah 27,051 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pas Tanggungan (PT) telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah sehingga 31 Ogos 2021.


"Manakala sejumlah 80,550 permohonan belum mengemukakan permohonan PLKS dan PT kerana ketiadaan dokumen dan sejumlah 15,974 permohonan masih dalam tindakan penguatkuasa," katanya dalam jawapan bertulis Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah.


Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang bertanya mengenai jumlah pengeluaran dokumen kepada pendatang asign di bawah Program Regularisasi dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Tahun 2020-2021.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page