top of page

135 calon STPM ditaja makan minum oleh ADUN Nabawan

nabalunews

7 Disember 2024


NABAWAN: Seramai 135 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan yang menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) mendapat tajaan menu sarapan pagi dan makan tengah hari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.


Penajaan itu adalah atas permohonan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.


Menurut Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Nabawan, Ngiloh Epui, permohonan dibuat kepada ADUN Nabawan untuk menaja dan memberi sumbangan untuk keperluan calon STPM kerana hari berkenaan kebetulan jatuh pada hari Sabtu di mana kantin sekolah tidak dibuka.


"Atas perbincangan AJK PIBG sekolah maka kami memohon kepada ADUN Nabawan yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk memberi sumbangan atau menaja menu sarapan pagi dan makan tengah hari calon STPM dan lima orang warga pendidik" katanya.


Ngiloh yang merupakan bekas guru SMK Nabawan berkata, beliau bagi pihak sekolah dan calon STPM yang terlibat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ghani yang bermurah hati memberikan sumbangan.


Penyediaan menu sarapan pagi dan makan tengah hari itu dikendalikan oleh Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan bersama dengan kakitangan pejabat ADUN Nabawan.


Menu sarapan pagi dan makan tengah hari kepada calon STPM yang terlibat disediakan secara sukarela oleh Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Nabawan sebagai sebahagian daripada kegiatan amal Pergerakan Wanita Bahagian.


Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Nabawan turut mendoakan agar pelajar yang menduduki peperiksaan MUET itu mendapat kejayaan.

Comentários


bottom of page