top of page

15 Warga Asing Ditahan Dalam OPS SAPU

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

26 April 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Ops Sapu yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah berkata, operasi dilaksanakan Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu di lokasi yang sudah dikenalpasti.


Katanya, seramai 25 individu diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati 15 individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tangkapan melibatkan tujuh lelaki dan lapan wanita warganegara Filipina selepas disyaki tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran warga asing yang melakukan kesalahan di bawah akta Imigresen.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page