top of page

16 peserta ikuti bengkel sulaman manik dan labuci

  • nabalunews
  • 4d
  • 2 min read

Dr Renda (duduk tengah) bersama AJK KMC bergambar kenangan selepas bengkel itu.
Dr Renda (duduk tengah) bersama AJK KMC bergambar kenangan selepas bengkel itu.

19 Mei 2025


KENINGAU: Seramai 16 orang peserta termasuk seorang lelaki dari daerah Keningau dan sekitarnya mengikuti bengkel sulaman manik dan labuci anjuran Komuniti Manik Cantik (KMC) di sini pada Ahad.


Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Anne Sidik yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri manik dan jahitan sulaman.


Menurut Pengerusi KMC Dr. Renda Udan, para peserta terdiri daripada golongan separuh mahir dan berpengalaman dalam bidang sulaman manik.

 Peserta yang mengikuti bengkel sulaman manik dan labuci.
 Peserta yang mengikuti bengkel sulaman manik dan labuci.

Katanya, bengkel yang dianjurkan ini adalah dibawah Program Sejahtera Komuniti Madani dalam usaha membantu usahawan sulaman manik dan labuci.


"Ia sejajar dengan Visi dan Misi KMC yang merangkumi seluruh skop industri jahitan, sulaman, dan kraf berasaskan manik" katanya kepada media selepas bengkel itu.


Jelas Dr Renda, Visi Komuniti adalah ingin menjadi peneraju komuniti kreatif dalam industri jahitan, sulaman, dan kraftangan berasaskan manik yang berdaya saing, inklusif dan berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.


"Sementara itu Misi kita adalah mahu membangunkan ekosistem kreatif dan keusahawanan dalam industri jahitan dan sulaman manik yang mampu meningkatkan taraf ekonomi komuniti, khususnya wanita dan usahawan kecil.


Menjadi platform sokongan dan kolaborasi antara artisan, usahawan, pelatih, dan agensi-agensi berkaitan untuk memperkukuh jaringan dalam industri kraf tempatan" katanya.


Selain itu katanya, hasrat Komuniti juga ingin memartabatkan seni warisan tempatan melalui rekaan manik yang moden, bernilai estetika dan mempunyai nilai pasaran tinggi tanpa mengetepikan akar budaya.


"Kita juga berhasrat melahirkan tenaga mahir dan kreatif melalui bengkel latihan, program pembangunan bakat dan bimbingan berterusan dalam aspek teknikal, inovasi, pemasaran dan pembangunan produk" jelasnya lagi.


Dalam pada itu Dr Renda berkata, KMC mengarusperdanakan industri kraf berasaskan manik sebagai sumber pendapatan alternatif melalui pelan strategik digitalisasi, pemasaran bersepadu dan pemerkasaan jenama tempatan selain mewujudkan impak sosial melalui seni dan kraf sebagai medium pemulihan emosi, pembinaan komuniti dan penjanaan semula ekonomi bagi golongan rentan dan wanita luar bandar.


Pada masa sama beliau berharap bengkel ini bukan sekadar sesi pembelajaran, tetapi juga platform untuk membina keyakinan diri dan menjana pendapatan melalui seni sulaman manik.


"Saya berharap agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan menjadi pemangkin kepada perkembangan kerjaya dan kreativiti peserta terlibat" ujarnya.


Beliau berkata, KMC komited untuk terus menyokong dan memperkasa wanita dalam industri jahitan dan kraftangan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page