top of page

163 pelajar SMK Konven St. Cecelia Sandakan diraikan dalam majlis graduasi

nabalunews

10 Disember 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN :  163 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diraikan dalam majlis graduasi dan anugerah kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecelia Sandakan yang berlangsung di Ballroom Sabah Hotel di sini baru-baru ini.


Majlis itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Zenia Petrus Gulitom dan turut dihadiri Pengetuanya, Chung Su Kiong, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Dr. Peter Jr. Naintin, Pengerusi Persatuan Alumni sekolah itu, Lily Aw, ibubapa dan guru mereka.


Dalam ucapannya, Zenia berharap pelajar tidak mudah putus asa dan terus mengejar kejayaan selepas tamat SPM kelak antaranya menyambung pengajian tinggi.


Beliau turut mengucapkan terima kasih atas jasa dan usaha guru, ibubapa serta semua yang memastikan pembelajaran anak-anak ini terus berada pada tahap yang terbaik.


Sementara Chung berkata, pihaknya juga berharap pelajarnya terus cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam apa juga bidang diceburi pada masa akan datang.


Pihaknya juga merakam terima kasih kepada pihak persatuan alumni yang banyak membantu perkembangan pelajar dan keperluan semasa serta pihak pengelola dan PIBG yang terus bersama pihak sekolah dan pelajar.

Comments


bottom of page