BSJND Beaufort Tahan Dua Lelaki, Saringan Air Kencing Positif Dadah
- nabalunews
- May 25
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
24 Mei 2026
BEAUFORT: Dua lelaki tempatan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Menunggang, Kuala Penyu, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selepas menjalani saringan air kencing di Pejabat BSJND, IPD Beaufort.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Susulan itu, kedua-dua tangkapan telah ditahan di lokap Balai Polis Beaufort bagi membolehkan tindakan lanjut dilaksanakan. Serbuan dilakukan susulan maklumat dan risikan pihak berkuasa terhadap aktiviti jenayah dadah di kawasan tersebut.















Comments