top of page
  • nabalunews

184 KES BAHARU COVID-19 DI SABAH, MENINGKAT 48 KES


24 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 184 kes baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,562 kes pada hari ini dan tiada kes kematian direkodkan hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah keseluruhan kes tersebut, 68 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 23 kes dari saringan bergejala, 70 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta 23 kes lagi adalah dari lain-lain kategori.

“Tawau terus mencatatkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Kota Kinabalu (35 kes), Kota Kinabalu (25 kes), Papar (23 kes), Lahad Datu (16 kes), Penampang dan Kunak masing-masing 11 kes, dan Putatan sebanyak tujuh kes. "Manakala Sandakan, Semporna, Tenom dan Kuala Penyu pula masing-masing sebanyak empat kes, Tuaran sebanyak dua kes serta satu kes direkodkan di Beaufort. “Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini dan Sipitang, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Masidi berkata, seramai 88 orang pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj dari hospital atau sembuh sebanyak 58,798 orang.


Seramai 1033 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 377 orang di hospital, 655 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 50 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page