top of page

Maut Terkena Renjatan Elektrik

  • nabalunews
  • 8 minutes ago
  • 1 min read

8 Jun 2025


PAPAR: Seorang lelaki maut selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah mangga dalam kejadian di Kampung Bambangan, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Ahajah Abdul Musa, 42, dikatakan berada di atas pokok dan cuba menjolok buah menggunakan galah besi.


Bagaimanapun, besi yang digunakan mangsa dipercayai terkena kabel elektrik dan terus menyebabkan renjatan kepada mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.01 petang.


Katanya, setibanya di lokasi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas pokok mangga dipercayai terkena renjatan elektrik.


"Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dari atas pokok menggunakan tangga dan tali penyelamat selepas bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity.


"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page