190 KES BAHARU DI SABAH, SATU KEMATIAN190 KES BAHARU DI SABAH, SATU KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

190 KES BAHARU DI SABAH, SATU KEMATIAN


Kes Covid-19 di Sabah 3 Feb 2021

3 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 190 iaitu menurun sebanyak 86 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,610 kes dan satu kes kematian direkodkan di Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 190 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 95 kes (50%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 27 kes (14.2%), saringan kluster baharu dan sedia ada 41 kes (21.6%), saringan PERKESO 12 kes (6.3%) dan 15 kes (7.9%) adalah dari lain-lain kategori.


"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 33 kes, Papar (23 kes), Beluran (19 kes), Keningau (18 kes), Sandakan dan Tawau masing-masing 15 kes, Lahad Datu (13 kes), Sipitang (12 kes), Tuaran (11 kes).


"Putatan dan Penampang masing-masing lapan kes, Kota Marudu (empat kes), Kudat (tiga kes), Kunak dan Kota Belud masing-masing dua kes, Kinabatangan, Telupid, Semporna dan Pitas masing-masing satu kes.


"Lapan daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Ranau, Kalabakan, Beaufort, Tenom, Kuala Penyu, Nabawan, Tongod dan Tambunan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pada hari ini, seramai 337 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 46,238 orang.


Beliau berkata, sejumlah 1,928 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 656 orang di hospital, 1,263 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan sembilan orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page