2,069 kes baharu di Sabah, jangkitan sporadik meningkat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

2,069 kes baharu di Sabah, jangkitan sporadik meningkat



8 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu bagi Sabah hari ini melepasi paras angka 2,000 dengan 2,069 kes, meningkat sebanyak 469 kes berbanding kelmarin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu jangkitan sporadik terus bertambah kepada 1,075 atau 51.96 peratus daripada jumlah keseluruhan.


Katanya, ini satu petanda jelas bahawa virus Covid-19 telah merebakkan dalam komuniti.


“Tujuh daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 395 kes, Sandakan 267 kes, Tuaran 192 kes, Papar 161 kes, Penampang 161 kes, Lahad Datu 137 kes dan Tawau 113 kes.


“Bilangan daerah yang mencatatkan kes dua angka pula kekal pada 15 daerah, manakala hanya empat daerah mencatatkan kes satu angka. Satu daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu.


“Lima belas daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes dua hingga tiga angka. Antaranya, Papar (+100), Lahad Datu (+80), Ranau (+50), Tuaran (+42), Sipitang (+33), Kota Belud (+32), Telupid (+25), Kota Kinabalu (+24), Kuala Penyu (+24), Penampang (+23) dan Beaufort (+20). Hanya tiga daerah merekodkan penurunan kes baharu, tetapi masih mencatatkan kes harian yang agak tinggi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu masing-masing satu kes di Beaufort dan Keningau.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh, sebanyak 408 orang sembuh (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 241,857 orang.


“Manakala 1,659 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 764 orang di hospital, 872 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 22 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 30 orang merangkumi 25 di ICU/repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW/kubikel akut) dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page