2,329 kes baharu Covid direkodkan, 33 kematian2,329 kes baharu Covid direkodkan, 33 kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

2,329 kes baharu Covid direkodkan, 33 kematian



2 September 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini ialah sebanyak 2,329 kes iaitu penurunan sebanyak 101 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 152,602 kes. Kes kematian hari ini juga meningkat kepada 33 kes, 12 kes di Kota Kinabalu, sembilan kes di Sandakan, Penampang dan Tenom mencatatkan tiga kes, dua kes di Papar manakala Tuaran, Putatan, Sipitang dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi Covid iaitu sebanyak 458 kes, diikuti Sandakan dengan 281 kes, Penampang (181 kes), Papar (168 kes), Tuaran (149 kes), Tawau (127 kes), Keningau (115 kes), dan Kota Marudu (106 kes). "Daripada jumlah keseluruhan kes, 878 kes adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 132 kes adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan 219 kes adalah keputusan sample ujian yang didaftar lewat melebihi 5 hari. "Saringan kontak rapat terus kekal sebagai penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,379 kes adalah daripada saringan kontak rapat. "Manakala saringan bergejala merekodkan 658 kes, saringan kluster (82 kes), saringan bersasar (20 kes) dan saringan lain-lain kes (190 kes)," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Masidi, seramai 1,560 pesakit adalah daripada Kategori 2, 668 kes daripada Kategori 1, sembilan kes daripada Kategori 3, empat kes daripada Kategori 4, 13 kes daripada Kategori 5 serta 75 kes masih dalam siasatan lanjut. Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 3,355 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 120,699 orang.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page