2,450,701 penduduk Sabah telah divaksin setakat 8 Jan 2,450,701 penduduk Sabah telah divaksin setakat 8 Jan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

2,450,701 penduduk Sabah telah divaksin setakat 8 Jan



9 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 2,450,701 penduduk Sabah telah menerima vaksin Covid-19 dos 1 setakat 8 Jan 2022.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini meliputi 2,114,062 penduduk dewasa atau bersamaan 76.64 peratus jumlah penduduk dewasa.


“Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,405,859 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,093,947 orang atau 75.91 peratus adalah penduduk dewasa.


“Seramai 336,639 orang atau 77.57 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang lengkap dos vaksin adalah seramai 311,912 atau 71.87 peratus orang setakat ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dari segi jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 198 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif 242,544 kes dan tiada kes kematian dilaporkan hari ini.


“Kota Kinabalu mencatatkan penurunan 15 kes berbanding jumlah semalam tetapi kekal sebagai daerah yang merekodkan bilangan kes baharu tertinggi di Sabah dengan 45 kes.


“Manakala Ranau pula hanya merekodkan empat kes kelmarin melonjak semula dengan 22 kes baharu, peningkatan 18 kes. Papar juga menambah 13 kes kepada 21 kes berbanding jumlah sebelumnya.


“Terdapat enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sementara 15 lagi daerah mencatat kes baharu pada satu angka sahaja,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page