top of page

20 Pengusaha Eko Pelancongan Kawasan Melangkap Terima Taklimat Keselamatan PDRM

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 4 Jun 2026 – Seramai 20 pengusaha eko pelancongan kawasan Melangkap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menyertai taklimat keselamatan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, semalam.


Taklimat yang berlangsung di Dewan Eko Pelancongan Polumpung, Kampung Melangkap itu bertujuan meningkatkan kesedaran pengusaha terhadap aspek keselamatan di lokasi pelancongan, terutamanya membabitkan pelancong asing.



Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain yang menyampaikan taklimat tersebut menegaskan bahawa keselamatan pengunjung adalah keutamaan.


Beliau meminta setiap pengusaha memastikan penyediaan peralatan keselamatan yang mencukupi di lokasi masing-masing, selain memiliki petugas yang terlatih dalam pengurusan kecemasan.


Beliau turut menekankan perlunya kerjasama berterusan dengan agensi seperti PDRM, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menjamin keselamatan pengunjung tempatan, luar negeri mahupun pelancong luar negara.


Dalam ucapannya, Shahrudin berkata bahawa keselamatan pengunjung adalah keutamaan. Beliau mengingatkan pengusaha supaya memastikan peralatan keselamatan mencukupi, memiliki petugas terlatih dalam pengurusan kecemasan, serta bekerjasama dengan PDRM, Bomba dan APM secara berterusan.


Beliau turut mengingatkan prinsip "Keselamatan Tanggungjawab Bersama" yang perlu diterapkan semua pihak bagi mengelakkan insiden tidak diingini.


Program yang turut dihadiri wakil PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu berlangsung lancar dan berjaya mencapai objektif penganjurannya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page