top of page

224,251 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 27 DAERAH DI SABAH

  • nabalunews
  • Nov 24, 2020
  • 1 min read

24 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah mengagihkan sebanyak 224,251 bakul makanan (food basket) kepada 27 buah daerah di seluruh Sabah setakat hari ini.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir.Shahelmey Yahya berkata, antara daerah yang menerima bantuan bakul makanan itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.


“Pada hari ini, sebanyak 8,101 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan 20 daerah iaitu Sandakan (619), Tawau (276), Lahad Datu (105), Kunak (50), Beluran (302), Telupid (13), Penampang (75), Putatan (32), Papar (752).


“Turut menerima agihan bantuan bakul makanan ialah penduduk di daerah Tuaran (3,544), Ranau (135), Beaufort (1,044), Pitas (352), Tenom (54), Nabawan (49), Tambunan (122), Kudat (346), Kuala Penyu (128), Kinabatangan (63) dan Kota Marudu sebanyak 40 bakul makanan,” katanya dalam satu kenyatan akhbar, di sini, hari ini.


Shahelmey berkata, kementeriannya giat melaksanakan pengagihan bantuan makanan di seluruh Sabah.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page