23 DAERAH DI SABAH DALAM ZON MERAH COVID-19
21 Jan 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 23 daerah di Sabah berada dalam zon merah Covid-19, tiga zon kuning dan satu zon jingga sehingga hari ini.
Daerah yang dikategorikan zon merah ialah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Kunak, Kalabakan, Kota Marudu, Kota Belud, Putatan, Penampang, Kinabatangan, Keningau, Papar, Beaufort, Ranau, Tuaran, Nabawan, Kudat, Tambunan, Sipitang, Pitas, Tenom dan Semporna.
Manakala daerah yang dikategorikan sebagai zon kuning ialah Kuala Penyu, Telupid dan Tongod.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,409 kes.
“Dua kes kematian direkodkan hari ini, iaitu kedua-duanya di daerah Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 108 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 50 kes, Kota Kinabalu (40 kes), Sandakan dan Kunak masing-masing 25 kes, Kalabakan (22 kes), Kota Marudu (21 kes), Kota Belud dan Putatan masing-masing 15 kes, Penampang (14 kes), Kinabatangan (12 kes), Keningau (10 kes).
“Papar mencatatkan sembilan kes, Beaufort (lapan kes), Ranau (enam kes), Tuaran (empat kes), Nabawan, Kudat dan Beluran masing-masing tiga kes, Tambunan, Sipitang dan Kuala Penyu masing-masing dua kes, Telupid dan Pitas masing-masing satu kes.
“Daerah Tongod, Tenom dan Semporna tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya.
Beliau berkata, daripada 401 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 232 kes (57.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 83 kes (20.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 25 kes (6.2%), saringan PERKESO 13 kes (3.2%), saringan pelajar masuk asrama sembilan (9) kes (2.3%) dan 39 kes (9.7%) adalah dari lain-lain kategori.
Masidi berkata, hari ini seramai 380 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,929 orang.
“Sejumlah 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 837 orang di hospital, 2,079 orang di PKRC dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 80 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comentarios