top of page
nabalunews

26 keluarga kurang mampu di Kota Belud penerima program bantuan makanan


9 Oktober 2024


KOTA BELUD: 26 keluarga serba kekurangan di 4 Zon di Kota Belud iaitu Zon Pintasan, Zon Usukan, Zon Tempasuk dan Zon Kadamaian telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan makanan di bawah program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Belud dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung dan Sukarelawan JKM bermula 7 sehingga 10 Oktober ini.


Penyerahan bantuan makanan ini membabitkan masing-masing 6 rumah di Zon Pintasan dan Usukan dan masing-masing 7 rumah di Zon Tempasuk dan Kadamaian.


Mereka yang terlibat dalam program ini adalah Pegawai Kebajikan Daerah Kota Belud, Ramcy Rosman Sapin, Pemaju Mukim, Saidi Labai (Mukim Pelanduk) dan Anwar Hassan (Mukim Rampayan).


Dengan adanya sokongan dan penglibatan semua pihak, adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Comments


bottom of page