267 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN, DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH HARI INI267 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN, DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH HARI INI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

267 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN, DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH HARI INI



1 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini di Sabah sebanyak 267 kes, menjadikan jumlah kumulatif 29,038 kes.


Hari ini, Sabah turut mencatatkan tiga kes kematian masing-masing dua di Kota Kinabalu dan satu kes di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, terdapat dua kluster baharu di Kota Kinabalu iaitu Kluster View Kolombong mencatatkan 31 kes menjadikan jumlah kumulatif 40 kes dan Kluster Talang-Talang mencatatkan satu kes hari ini dan jumlah kumulatif 18 kes.


Beliau berkata, daripada 267 kes baharu hari ini, 116 kes (43.45 peratus) adalah berpunca daripada saringan kontak rapat, 54 kes (20.22 peratus) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada


“Saringan bergejala 31 kes (11.61 peratus), saringan komuniti 40 kes (14.98 peratus) dan 26 kes (9.74 peratus) adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 102 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 51 kes, Tawau (30 kes), Tuaran (16 kes), Sandakan, Penampang dan Beluran masing-masing 13 kes.


“Semporna (lapan kes), Kota Belud dan Papar masing-masing enam kes, Kudat (lima kes) dan Putatan (empat kes).


“Daerah Pitas, Keningau, Kinabatangan, Tambunan, Beaufort, Ranau, Kalabakan, Tenom, Kuala Penyu, Tongod, Kunak, Kota Marudu, Sipitang, Telupid dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya.


Beliau berkata, seramai 406 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 25,973 orang.


“Sejumlah 2,288 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 614 orang di hospital dan 1,674 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page