top of page

27.64 PERATUS PESAKIT COVID-19 DI SABAH TIDAK BERGEJALA

  • nabalunews
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read


23 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 2,728 orang atau 27.64 peratus daripada jumlah keseluruhan 9,868 kes pesakit Covid-19 di negeri ini tidak bergejala atau dikategorikan sebagai asimptomatik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), semua daerah di negeri ini mencatatkan kes Covid-19.

“Semua daerah di Sabah mencatatkan kes Covid-19. Kes ini sememangnya berlaku dalam komuniti contohnya komuniti di Taman Perumahan, di kampung-kampung, di Pasar, di kawasan penempatan, di penjara, di tempat kerja dan di kluster seperti kluster Selamat di Semporna, kluster Inai di kudat dan Sebagainya,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, bagi membantu rakyat Sabah yang memerlukan bantuan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai pihak telah menghulurkan bantuan termasuk badan-badan bukan kerajaan.

“Data yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Perkhidmatan Am negeri Sabah, badan-badan bukan kerajaan yang telah membantu dalam penyaluran bantuan antaranya Majlis Pembangunan Masyarakat Sabah, St. John Ambulance, Red Cross Sabah, Kelab Kebajikan Raisur Sabah, Yayasan Kebajikan Muslim, Pusat Khidmat Rakyat P. 186, Pas Kawasan Batu Sapi dan Dun Sungai Manila.

“Setakat ini belum ada data maklumat badan-badan bukan kerajaan daripada luar Sabah yang membantu dalam penyaluran bantuan Covid di negeri ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page