27 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid di Sabah, hari ini27 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid di Sabah, hari ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

27 kompaun dikeluarkan langar SOP Covid di Sabah, hari ini


Gambar Hiasan

11 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sebanyak 27 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, di seluruh Sabah, hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, 10 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, enam orang rentas negeri/ daerah tanpa kebenaran, sembilan orang aktiviti di pusat hiburan dan dua orang dikenakan kompaun kerana gagal mendaftar masuk premis.


Beliau berkata, sebanyak 960 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan tiada notis, amaran atau kompaun dikeluarkan.


“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga telah menjalankan pematuhan SOP ke atas 299 premis perniagaan dan 395 individu di 18 kawasan.


“Satu kompaun dikenakan ke atas premis dengan kesalahan gagal menyediakan pengimbas suhu di Restoran Mantai Beaufort, Iramanis Centre.


“Dua kompaun dikenakan ke atas individu dengan kesalahan gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di kawasan Iramanis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, Rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dilaksanakan di 308 Premis Perniagaan melibatkan 175 anggota APM.


“Sebanyak dua Notis Amaran dikeluarkan kepada premis perniagaan hari ini,” katanya.


Beliau berkata, sejumlah 89 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 32,050 buah kenderaan.


Katanya, daripada jumlah tersebut, 160 buah kenderaan diarah berpatah balik.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page