top of page

28 Ahli Sindiket Scammer Diusir Ke Negara Asal

  • nabalunews
  • May 16
  • 1 min read

16 Mei 2026


TAWAU: Seramai 28 warga asing yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pusat panggilan penipuan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk proses pengusiran.


Pengusiran berkenaan dilaksanakan selepas semua warga asing terbabit dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Tawau.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semua warga asing terbabit terdiri daripada 26 lelaki warga China, seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam.


Katanya, semua individu terbabit sebelum ini ditahan dalam operasi khas yang dilaksanakan pihak berkuasa pada 6 Mei lalu.


“Semua suspek didakwa di mahkamah pada 14 Mei mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan sebelum mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan.


“Sindiket berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Korea melalui platform komunikasi digital bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang,” katanya.


Jasmin berkata, semua suspek telah menjelaskan bayaran denda dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM140,000 sebelum diserahkan kepada JIM semalam untuk tindakan lanjut termasuk pengusiran ke negara asal masing-masing.


Katanya, polis akan terus mempergiat operasi membanteras kegiatan penipuan dalam talian termasuk melibatkan sindiket warga asing yang beroperasi di daerah ini.


Terdahulu, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang atau penjara antara dua hingga empat bulan jika gagal membayar denda.

 
 
 

1 Comment


Lisa Charles
Lisa Charles
Jun 19

This is an important update and highlights how authorities are taking stronger action against organized scam operations. It’s reassuring to see cross-border cooperation being used to handle financial crimes and protect victims. Cases like this really show how widespread and complex online scam networks have become.The way you explained the topic was very clear and helpful. I recently came across a similar discussion on a review blog fake degrees, and it offered an interesting perspective as well. Public awareness about scams is becoming increasingly important in today’s digital environment.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page