29 PATI Ditahan
- nabalunews
- Oct 16
- 1 min read

16 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama dua hari sekitar bandaraya ini, sejak Selasa lalu.
Operasi bersepadu Ops Selera, Ops Mahir dan Ops Sapu itu dilaksanakan berdasarkan aduan awam serta maklumat risikan dengan menumpukan beberapa kawasan warga asing sekitar bandar raya.
Dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi JIM Sabah berkata, operasi yang dijalankan bermula jam 11.30 pagi hingga 3.00 pagi pada 14 dan 15 Oktober itu melibatkan 25 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu.

"Hasil pemeriksaan terhadap 54 individu, seramai 29 orang ditahan terdiri daripada 12 warga Filipina dan 17 warga Indonesia kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal lebih masa di negara ini.
“Semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, JIM Sabah akan terus mempergiatkan usaha membanteras kehadiran PATI di negeri ini serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji warga asing tanpa izin.

"JIM Sabah juga menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI di kawasan masing-masing bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan segera," katanya.


















Comments