top of page

3,060 Kg Minyak Masak Bernilai RM7,809 Dirampas Dalam Ops Tiris 4.0 Semporna

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


SEMPORNA, 29 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna merampas 3,060 kilogram minyak masak paket 1 kilogram pelbagai jenama dalam Ops Tiris 4.0 Bersepadu di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Tanjung Kapor, semalam.


Nilai keseluruhan rampasan termasuk enam tong LPG, sebuah bot kayu hijau, dan tiga unit enjin pam 19HP dianggarkan berjumlah RM9,809.60, membabitkan barang kawalan bernilai RM7,809.60 dan barang bukan kawalan RM2,000.00.



Seorang lelaki tanpa dokumen diri telah ditahan dalam serbuan pada jam 7.20 pagi itu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut.


Kes diklasifikasikan sebagai Rampasan Tanpa Tuan dan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Semua barang rampasan kini disimpan sementara di Pangkalan dan Stor Ekshibit Pasukan Polis Marin Semporna.



Ketua KPDN Cawangan Semporna memberi amaran keras kepada individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.


Menurut Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], individu yang disabitkan kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya. Bagi kesalahan berikutnya, denda meningkat kepada RM3,000,000.


Syarikat pula berdepan denda sehingga RM2,000,000 bagi kesalahan pertama dan RM5,000,000 bagi kesalahan berikutnya.


KPDN mengalu-alukan sebarang aduan atau pertanyaan melalui saluran WhatsApp 019-848 8000, Call Centre 1-800-886-800, atau e-mel e-aduan@kpdn.gov.my.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page