3 cedera kemalangan 2 kenderaan berhadapan Masjid Negeri Kota Kinabalu
- nabalunews
- Oct 5, 2024
- 1 min read

5 Oktober 2024
KOTA KINABALU: 3 cedera dalam kemalangan membabitkan 2 kenderaan berhadapan Masjid Negeri Kota Kinabalu di Sembulan, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.05 petang.
Katanya sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 1 kilometer dari balai.
"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Ativa dan sebuah Proton Saga FLX dilaporkan telah bertembung.
"Dilaporkan terdapat 3 orang mangsa mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberikan rawatan sebelum dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ordine, maklumat mangsa tidak dapat diperolehi dan operasi bomba ditamatkan sepenuhnya jam 5.27 petang.
Comments