top of page

Kaamatan perkukuh semangat kebersamaan penduduk kampung - Ewon

  • nabalunews
  • Jun 2
  • 2 min read
Ewon memalu gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan di Kg.Terintidon
Ewon memalu gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan di Kg.Terintidon

2 Jun 2026


KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan Pesta Kaamatan platform penting memperkukuhkan semangat kebersamaan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.


Beliau berkata, semangat kerjasama dan perpaduan itu perlu terus diperkasakan kerana ia adalah kekuatan utama rakyat Sabah dalam mengekalkan keharmonian.


“Nilai-nilai inilah yang selama ini menjadi kekuatan rakyat Sabah dalam mengekalkan keharmonian, keamanan dan kestabilan.


Ewon bersalaman dengan penduduk Kg.Sayap yang menghadiri Pesta Kaamatan kampung itu.
Ewon bersalaman dengan penduduk Kg.Sayap yang menghadiri Pesta Kaamatan kampung itu.

“Saya menghargai kesatuan, kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung di Kadamaian dalam menjayakan sambutan Kaamatan di setiap kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan sambutan Pesta Kaamatan di beberapa kampung dalam kawasan Kadamaian, di sini, kelmarin.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian mengunjungi empat kampung yang mengadakan sambutan Kaamatan iaitu Kampung Piasau, Kampung Talungan, Kampung Terintidon dan Kampung Sayap.


Menurutnya, sebanyak 16 kampung dalam kawasan Kadamaian mengadakan sambutan Pesta Kaamatan secara serentak pada hari berkenaan.


Ewon melawat gerai jualan dan membeli produk mereka sebagai sokongan kepada peniaga-peniaga kecil di Kg.Piasau.
Ewon melawat gerai jualan dan membeli produk mereka sebagai sokongan kepada peniaga-peniaga kecil di Kg.Piasau.

“Bagi kampung-kampung lain yang tidak sempat saya kunjungi, saya telah mewakilkan Setiausaha Politik, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan Pegawai Kemajuan Masyarakat untuk hadir menyampaikan salam serta mewakili saya,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan beberapa sumbangan menerusi peruntukan touchpoint ADUN bagi membantu keperluan komuniti dan pembangunan kampung.


Di Kampung Piasau, beliau menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Kebajikan Pesawah Kampung Piasau serta RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi pemasangan meter air dan penyelenggaraan sistem perpaipan di kawasan dewan.


Bagi Kampung Talungan pula, sebanyak RM10,000 disalurkan untuk perolehan kelengkapan memasak guna sama serta kerja-kerja mengecat gelanggang sepak takraw kampung.


Di Kampung Terintidon, beliau menyampaikan RM10,000 bagi perolehan kelengkapan perpaipan bekalan air graviti, RM6,000 untuk pembinaan bengkel membuat parang dan RM4,000 bagi gotong-royong penyelenggaraan jalan pertanian.


Sementara itu, Kampung Sayap menerima RM10,000 bagi perolehan kerusi guna sama untuk kegunaan dewan kampung.


Selain itu, Ewon turut bersetuju menyediakan peruntukan bagi menaik taraf jalan ke kawasan kuburan, menaik taraf dewan terbuka serta membina astaka di padang kampung berkenaan.

 
 
 

6 Comments


soqe
Aug 10

Communication is an important part of online security guard training because security professionals regularly interact with employees, visitors, customers, supervisors, and emergency personnel. Training can explain how to communicate information clearly, respectfully, and accurately. Learners may also practice documenting incidents and providing useful descriptions. Good communication can reduce misunderstandings and help security teams coordinate effectively. Online lessons can introduce these skills through examples, scenarios, quizzes, and written exercises that securityguardschool encourage students to think carefully before responding.

Like

culyvo
Jul 22

A residential retractable roof creates opportunities for year-round outdoor hobbies such as painting, gardening, reading, or crafting. Adjustable coverage protects against excessive sunlight while maintaining natural ventilation and daylight. This comfortable setting encourages creativity and relaxation without https://cabriostructures.com/ requiring homeowners to remain indoors.

Like

culyvo
Jul 22

Visible security officers often prevent incidents simply through their professional presence. Criminals are less likely to target locations where trained city security services actively patrol and monitor activities. Preventive security measures reduce opportunities for theft, vandalism, and unauthorized access before problems occur. Businesses and communities benefit from this proactive approach because corporate security Houston it minimizes disruptions while promoting confidence among employees, residents, and visitors.

Like

cahamidade
Jul 09

AdoptHelp recognizes that adoption is more than a legal process; it is a journey that changes lives forever. The organization focuses on How to give your child up for adoption creating meaningful connections between children and families while promoting ethical and informed adoption practices. By offering educational materials and support services, AdoptHelp helps people navigate challenges and celebrate the joy of welcoming a child into a caring and supportive home.

Like

huvegadal
Jun 29

A leading supplier invests considerable effort in ensuring every product meets high standards. They collaborate with manufacturers and industry experts to develop equipment capable of performing in demanding environments. Their dedication to https://protatch.com quality results in products that offer exceptional value and reliability. Customers appreciate suppliers who consistently provide equipment that enhances their outdoor experiences.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page