3 Ditahan, 58.2g Syabu Dirampas – ‘Ambas’ Diburu
- nabalunews
- May 2
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
2 Mei 2026
LAHAD DATU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menahan tiga lelaki warga asing dan merampas 58.2 gram Syabu bernilai RM6,402 dalam Op Tapis selama 24 jam, semalam. Tangkapan dan rampasan ini membuktikan Kampung Puyut dan kawasan sekitarnya dijadikan sarang pengedaran dadah.
Seorang suspek yang ditahan dengan 53.11g Syabu di Jambatan Kg. Puyut pada jam 11.30 malam disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Suspek berusia 36 tahun itu juga memiliki peralatan disyaki untuk mengedar dan menghisap dadah. Dia mengaku mendapat bekalan daripada individu dikenali sebagai “Ambas” – yang kini sedang diburu polis.
Dalam operasi yang sama, seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun ditahan di hadapan Hotel Ocean pada jam 10.30 malam bersama 5.09g Syabu, dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952. Seorang lagi lelaki warga asing, juga 36 tahun, ditahan di Jalan Kg. Puyut pada jam 1.45 petang selepas ujian saringan mendapati positif Amphetamine dan Methamphetamine – disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Hj. Dzulbaharin Hj. Ismail, memberi amaran keras kepada dalang yang masih bebas:
“BSJN tidak akan berhenti. Kami sedang menjejaki anda. Lahad Datu bukan tempat selamat untuk pengedar.”
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) ADB 1952.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti dadah diminta menyalurkannya ke Hotline IPD Lahad Datu: 089-881111. Identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.















https://tylekeo.design/ mình ghé thử vì đang hơi mù mờ vụ kèo bóng đá với tỷ lệ kèo, muốn xem có chỗ nào giải thích dễ hiểu không. Đọc vài đoạn thấy họ viết kiểu nhập môn khá ổn, nhất là phần nói tỷ lệ kèo là con số thể hiện khả năng xảy ra của một sự kiện trong trận đấu, đọc phát hiểu ngay chứ không vòng vo. Nội dung chia theo từng khúc ngắn nên lướt nhanh cũng bắt được ý chính, không bị ngợp chữ. Mình cũng thích kiểu đặt tiêu đề rõ ràng, nhìn là biết đang ở đoạn khái niệm hay đoạn lưu ý khi xem kèo. Nói chung giao diện gọn gàng, các khối…