30 ORANG DIKOMPAUN KERANA TIADA PENJARAKAN SOSIAL, TIDAK PAKAI PELITUP MUKA, TIDAK SCAN QR CODE 30 ORANG DIKOMPAUN KERANA TIADA PENJARAKAN SOSIAL, TIDAK PAKAI PELITUP MUKA, TIDAK SCAN QR CODE
top of page
  • Wartawan Nabalu News

30 ORANG DIKOMPAUN KERANA TIADA PENJARAKAN SOSIAL, TIDAK PAKAI PELITUP MUKA, TIDAK SCAN QR CODE


Gambar hiasan

7 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sebanyak 30 kompaun dikeluarkan hari ini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 melibatkan daerah Penampang, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Papar.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kompaun itu dikeluarkan hasil pemantauan pihak PDRM di seluruh Sabah.



"Hasil Pemantauan di kawasan bandar, pekan dan kampung, pasukan pemantau PDRM mendapati kadar pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat kampung adalah lebih tinggi berbanding masyarakat di pekan dan bandar sering mempersoalkan SOP yang sedang berkuat kuasa.


"Sebanyak 30 kompaun dikeluarkan hari ini masing-masing sembilan orang di Penampang dan Keningau kerana berkumpul tanpa penjarakan Sosial di Kedai makan.


"Lapan orang di Kota Kinabalu kerana tidak memakai pelitup muka dan memakai pelitup muka di dagu.


"Sandakan seramai tiga orang dikompaun kerana tidak Scan QR Code atau tidak tulis nama masuk premis dan seorang lagi di Papar kerana kesalahan yang sama," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page