top of page

30 wanita Kadamaian tamatkan kursus pelajari kemahiran seni tanah liat polimer hasilkan aksesori dan hiasan

  • nabalunews
  • Aug 15, 2024
  • 2 min read

14 Ogos 2024


KOTA BELUD : 30 peserta wanita di Kadamaian menamatkan kursus 3 hari membuat aksesori dan hiasan menggunakan tanah liat polimer atau polymer clay anjuran Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF).


Kursus Aksesori Polymer Clay ini berlangsung di mini dewan Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, Kampung Piasau di sini sejak 12 Ogos lalu.


Peserta kursus diberikan tunjuk ajar oleh 2 tenaga pengajar, Norcey Bely dan Norasrine Abdullah.


Tanah liat polimer adalah bahan yang sangat menarik untuk menghasilkan aksesori, hiasan dan barangan kraf kerana bahan ini mudah dibentuk dan tahan lama.


Pelbagai jenis barangan boleh dihasilkan dengan tanah liat polimer seperti rantai kunci, anting-anting, loket dan barangan hiasan.


Ketika ini, ramai wanita telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan produk tanah liat polimer ekoran sambutan yang menggalakkan di pasaran.


Majlis penutupan kursus disempurnakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Dalam ucapannya, Saikom berterima kasih kepada UCSF atas usaha membawa banyak program dan kursus kemahiran ke Kadamaian kerana sebelum ini UCSF juga melaksanakan kursus anyaman rotan di Kadamaian.


"Ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada peserta intuk menimba ilmu dan mengembangkannya menjadi satu perniagaan. Dan kepada peserta yg sememangnya menjalankan perniagaan, kursus ini dapat mengurangkan modal pusingan.


Bagi peserta kursus, Wastey Selumin dari Kampung Tambatuon, Kota Belud, beliau amat gembira mengikuti kursus ini kerana ia menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, lebih-lebih lagi beliau adalah seorang pengusaha plancongan.


" Saya pernah mengikut kursus sebelum ini tetapi kursus yg diadakan kali ini, saya telah diberikan sijil berbanding sebelumnya.


"Saya berharap program seperti ini dengan kerjasama UCSF, ADUN dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian akan sentiasa berterusan pada masa akan datang demi faedah belia dan beliawanis di Kadamaian," katanya.


Seorang lagi peserta kursus, Charleys Joseph dari Kampung Pekan Nabalu turut berterima kasih kepada UCSF, ADUN dan UPPM Kadamaian yang telah memberikan peluang untuk mengikuti kursus seumpama ini.


"Sebagai pengusaha gerai kraftangan di Pekan Nabalu yang merupakan satu tumpuan pelancong untuk membeli cenderahati, ilmu yang ditimba selama 3 hari ini tidak akan dipersia-siakan utk memberi kelainan kepada produk kraftangan yg akan saya jual di gerai saya kelak.


"Saya sangat brterima kasih dgn pemberian sijil dari UCSF," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page