top of page

Krisis USNO memuncak: Pandikar gantung Ibrahim Linggam, enam pemimpin dilucut jawatan

  • nabalunews
  • May 6
  • 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


6 Mei 2026


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, telah menggantung Timbalan Presidennya, Datuk Ibrahim Linggam, dan lima lagi ahli parti serta melucutkan enam individu daripada jawatan Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) berkuat kuasa serta-merta, tengah hari semalam.


Tindakan tegas presiden itu dilaksanakan menggunakan kuasa di bawah Fasal 49.10 Perlembagaan Parti sebagai langkah sementara menunggu siasatan penuh Lembaga Disiplin Pusat berhubung dakwaan pelanggaran disiplin dan perlembagaan.


Pandikar memaklumkan bahawa klausa tersebut memberi kuasa kepada beliau untuk menggantung mana-mana ahli yang didapati menjejaskan kestabilan parti, khususnya dalam situasi konflik dalaman yang boleh membawa kepada perpecahan.Langkah itu penting bagi mengelak keadaan parti menjadi kucar-kacir dan memastikan proses siasatan dapat dijalankan secara teratur.


Mereka yang digantung selain Ibrahim ialah Ahmad Kanajaan, Hussin Ibnu Hassan, Mohammad Hafeiz Hussin, Sazali Justi dan Sallehudin Kasau.


Dalam perkembangan sama, Pandikar turut menggugurkan enam individu yang dilantik sebagai AMET bagi penggal 2025 hingga 2028 menggunakan Fasal 52.1.


Mereka yang dilucutkan jawatan ialah Datu Abdul Lalih Abah, Dr Masjidin Datu Moksan, Dayang Norasiken Nonoi, Jamri Sabu, Rusulan Rahaban dan Datuk Edmund J. Doudilim.


Pandikar menafikan tindakan itu bersifat terburu-buru, sebaliknya menegaskan ia dibuat berdasarkan peruntukan jelas dalam perlembagaan parti sambil mengingatkan semua pihak agar menggunakan saluran dalaman untuk menyuarakan pandangan, bukannya kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan imej parti.


Beliau memaklumkan struktur AMET akan disusun semula bagi memastikan kepimpinan parti terus berfungsi dengan berkesan.


Sementara itu, Ibrahim pada Isnin lepas menegaskan bahawa majoriti besar Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USNO menolak keputusan presiden membawa parti keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyifatkan tindakan itu sebagai keputusan "bersendirian" dan "tergesa-gesa".


Menurutnya, daripada 37 ahli AMET, hanya 18 orang hadir dalam mesyuarat pada 22 April lalu, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kesahihan dakwaan bahawa keputusan keluar GRS dibuat secara sebulat suara.


Menurutnya, ramai pimpinan USNO di peringkat pusat dan bahagian masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah serta menegaskan beliau dan majoriti pimpinan menolak keputusan presiden.


"Ikrar kami, parti masih dalam GRS. Kami berpegang pada perlembagaan, bukan mengikut perlembagaan mengikut versi Tan Sri," tegas Ibrahim dalam sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden III Datuk Edmund J. Doudilim serta dihadiri hampir 100 pemimpin bahagian seluruh Sabah.


Beliau turut mendedahkan kewujudan notis mesyuarat AMT pada Rabu (hari ini) dengan agenda yang disifatkannya sebagai usaha untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden dan memberi amaran bahawa sebarang pemecatan mesti mengikut peruntukan perlembagaan parti.


Krisis dalaman ini berpunca daripada pengumuman mengejut Pandikar pada 22 April lalu bahawa USNO keluar daripada GRS dan beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi GRS, dengan alasan ketiadaan keserasian dalam aspek pentadbiran dan dasar kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Tindakan tersebut mencetuskan gelombang bantahan daripada pimpinan tertinggi parti yang mendakwa keputusan itu dibuat secara bersendirian tanpa persetujuan majoriti, seterusnya membawa kepada krisis perebutan kepimpinan yang memuncak dengan tindakan penggantungan serta-merta hari ini.

 
 
 

10 Comments


Jerry
Jerry
3 days ago

The reminder about using internal channels instead of open statements feels like the quiet core here—discipline is easier when everyone keeps grievances private. I also ended up opening Tops weekly ad preview afterward because it carries the same thread a little further.

Like

william192
3 days ago

This article covers a fascinating political development. By the way, AI Picture to Video Generator is a cool new tool for creators.

Like

hua sun
hua sun
Jun 29

Krisis di USNO makin parah, ya. Keraguan tentang keputusan presiden tak bisa diabaikan. Untuk yang suka kerajinan, ada situs yang bagus buat desain pola perler bead, mungkin bisa jadi penyegaran: https://www.pixelbeads.io/

Like

hua sun
hua sun
Jun 29

Krisis di USNO makin parah, ya. Keraguan tentang keputusan presiden tak bisa diabaikan. Untuk yang suka kerajinan, ada situs yang bagus buat desain pola perler bead, mungkin bisa jadi penyegaran: [url=https://www.pixelbeads.io/]pixelbeads.io[/url]

Like

hua sun
hua sun
Jun 29

Krisis di USNO makin parah, ya. Keraguan tentang keputusan presiden tak bisa diabaikan. Untuk yang suka kerajinan, ada situs yang bagus buat desain pola perler bead, mungkin bisa jadi penyegaran: [pixelbeads.io](https://www.pixelbeads.io/)

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page